Language connects us to our heritage, values and identity
Sectors
Arts & Heritage
28 August 2026
Speech by Mr David Neo, Minister for Culture, Community and Youth & Second Minister for Education, at the Launch of Bulan Bahasa 2026, on 28 August 2026
Salam sejahtera para hadirin sekalian.
Saya gembira dapat bersama anda semua di Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2026 pada hari ini.
Bulan Bahasa bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi peringatan bahawa bahasa kita menghubungkan masyarakat dengan warisan, nilai-nilai murni dan jati diri kita.
Melalui bahasa Melayu, kita memelihara kisah-kisah generasi perintis, meluahkan impian kita untuk masa hadapan dan mengeratkan hubungan masyarakat.
Hari demi hari, saya menyaksikan sendiri bagaimana bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi wadah yang menyatukan masyarakat dan membentuk jati diri kita.
Bagi saya sendiri, minat untuk mempelajari bahasa Melayu bermula sejak kecil lagi. Pada masa itu, saya belajar banyak lagu-lagu Melayu di sekolah. Antaranya adalah lagu Burung Kakak Tua.
Lagu ini buat saya mengimbau kembali memori indah bersama rakan-rakan saya daripada pelbagai bangsa dan agama. Saya meluangkan banyak masa bersama mereka dengan bermain bola sepak dan mengunjungi rumah masing-masing semasa musim perayaan seperti Hari Raya.
Justru disebabkan hubungan yang rapat dengan rakan-rakan, saya tertarik untuk terus belajar bahasa Melayu.
Peluang untuk mendalami bahasa Melayu hadir sewaktu saya bertugas di Indonesia. Saya semakin menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.
Setiap kali mengikuti sesi pembelajaran, saya semakin memahami bahasa ini dengan lebih mendalam sekaligus mengeratkan hubungan saya dengan masyarakat serta budaya di sekeliling.
Terima kasih kepada para pendidik, sukarelawan, penggiat seni, badan-badan masyarakat, ibu bapa dan keluarga yang tidak pernah jemu memartabatkan dan memasyarakatkan bahasa Melayu.
Usaha-usaha ini mengingatkan kita bahawa memartabatkan bahasa ialah tanggungjawab bersama. Saya amat mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam pelbagai program Bulan Bahasa 2026.
Rasa cinta terhadap bahasa Melayu harus bermula di rumah. Rumah merupakan bilik darjah pertama kita, manakala ibu bapa dan datuk nenek pula merupakan guru pertama kita.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ayuh kita bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, membaca buku-buku Melayu bersama anak-anak dan menyertai program masyarakat yang memartabatkan bahasa kita.
Marilah kita terus memupuk masyarakat yang mencintai bahasanya, meraikan budayanya dan berganding bahu demi membina masa hadapan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
Akhir kata, izinkan saya berkongsi sebuah pantun yang amat dekat di hati saya.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.Sekian, terima kasih.
+++
[English translation]
I am delighted to join all of you today at the launch of Bulan Bahasa 2026.
Bulan Bahasa is more than an annual celebration. It reminds us that our language connects our community with our heritage, our values and our identity.
Through the Malay language, we preserve the stories of pioneer generations, express our aspirations for the future and strengthen our community bonds.
Day after day, I witness for myself how language is more than a means of communication. It unites the community and shapes our identity.
My own interest in learning Malay began during my childhood. Back then, I learnt many Malay songs in school. One of them was Burung Kakak Tua.
This song brings back fond memories of my friends from different races and religions. I spent a lot of time with them, playing football and visiting one another’s homes during festive occasions such as Hari Raya.
It was through these close relationships with my friends that I became interested in continuing to learn Malay.
The opportunity to deepen my knowledge of Malay came when I was posted to Indonesia. I have now come to appreciate Malay even more deeply as our national language.
With every lesson I attended, I gained a deeper understanding of the language while strengthening my ties with the community and understanding the culture around me.
My heartfelt thanks to the educators, volunteers, arts practitioners, community organisations, parents and families who tirelessly champion and promote the Malay language.
These efforts remind us that upholding our language is a shared responsibility. I warmly welcome everyone’s participation in the various Bulan Bahasa 2026 programmes.
A love for the Malay language must begin at home. The home is our first classroom, and our parents and grandparents are our first teachers.
As the saying goes, bend the bamboo while it is still a shoot.
Let us speak Malay at home, read Malay books with our children and participate in community programmes that uplift our language.
Let us continue to nurture a community that loves its language, celebrates its culture and works together to build a brighter future for generations to come.
In closing, allow me to share a pantun that is very close to my heart.
The speckled seed is the kundi,
The red seed is the saga,
Goodness lies in gracious conduct,
Beauty lies in language.Thank you.