mccy-lion-headA Singapore Government Agency Website
more-mob
  • whatsapp

Uplifting our young, inspiring excellence

Speech by Mr Zaqy Mohamad, Minister of State for Ministry of National Development & Ministry of Manpower at the Committee of Supply Debate 2019

Introduction

  1. Mr Chairman, social mobility is a key feature of Singapore society, and education is central to enabling mobility. MENDAKI has uplifted individuals and families through educational support, by supporting their development and mobilising wrap-around support for both parents and children. To enhance school-readiness among our young, MENDAKI is focusing on early childhood education, informed by expert findings, and strengthening networks between parents and pre-school professionals. With M3, we will also provide opportunities for role-models in our community to contribute and inspire our young to greater heights of excellence.
  2. Mr Chairman, allow me to continue in Malay, please.

    Mempertingkatkan anak-anak kita melalui sokongan segenap masyarakat

  3. Tuan Pengerusi, kajian menunjukkan bahawa pembangunan asas kanak-kanak dalam penguasaan bahasa paling berkesan pada peringkat awal. Oleh itu, amat penting bagi kanak-kanak hadiri prasekolah secara tetap. Puan Rahayu Mahzam bertanyakan tentang usaha mengukuhkan sokongan bagi prasekolah. MENDAKI telah dilantik ECDA sebagai agensi untuk mendekati kanak-kanak Melayu berusia 4 hingga 6 tahun yang belum berdaftar di prasekolah. Kami ingin keluarga lebih sedar akan pentingnya kanak-kanak menghadiri prasekolah secara tetap, kerana ianya sangat berkesan. Kami juga akan membantu mendaftar anak-anak mereka di prasekolah dan program MENDAKI yang sesuai.
  4. Puan Rahayu juga menyebut tentang peranan utama yang dimainkan ibu bapa dalam pembangunan awal anak-anak mereka. Kami akur dan ingin menyokong ibu bapa dalam usaha ini. Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa aspek bermain amat kritikal untuk pembangunan kanak-kanak. Oleh itu, di bawah Kempen Siap Sedia ke Sekolah, MENDAKI merintis PlayFest untuk menyokong ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia enam tahun dan ke bawah. PlayFest menggalak ibu bapa untuk menyediakan persekitaran menarik di rumah, lalu mengamalkan pendekatan bermain untuk merangsang kemahiran berfikir anak itu. Tahun lalu, MENDAKI telah berjaya mendekati lebih 2,000 ibu bapa dan kanak-kanak melalui PlayFest dan Mini PlayFest.
  5. MENDAKI juga memperkenalkan PlayKit bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan anak mereka, dengan menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah untuk mencipta alat permainan sendiri. Sebanyak 500 PlayKit telah diberikan kepada keluarga. Selain itu, lebih 90 anggota Perikatan Karyawan Prasekolah MENDAKI (MAPP) telah mengadakan sesi latihan untuk para relawan. Kami amat terharu dengan sambutan ibu bapa terhadap usaha ini dan MENDAKI akan mengadakan satu PlayFest dan dua Mini PlayFest tahun ini. Kami ingin meluaskan kerjasama dengan para karyawan prasekolah supaya ibu bapa dapat meraih manfaat daripada teknik belajar dan hasil kajian terkini.
  6. Tuan Pengerusi, di bawah rangka kerja M³, kami juga mengukuhkan program supaya kanak-kanak kita lebih bersedia memasuki darjah satu. Encik Zainal Sapari telah bertanya tentang KelasMateMatika@CC – iaitu sebuah program yang berdasarkan Program Tiga M MENDAKI – yang telah kami lancarkan di Nee Soon, Marsiling dan Pasir Ris, September lalu. Kanak-kanak yang telah menyertai Tiga M menunjukkan pencapaian positif. Lebih 80 peratus peserta tidak perlu menjalani Program Sokongan Pembelajaran (LSP) untuk subjek matematik di darjah satu. Ini jelas menunjukkan bahawa Tiga M memperkukuhkan asas untuk pendidikan kanak-kanak kita. Untuk meneruskan kejayaan Tiga M, agensi-agensi M³ telah berganding bahu untuk memulakan KMM@CC, dan hasilnya amat memberangsangkan. Fasa pertama KMM@CC telah memberi manfaat kepada lebih 170 ibu bapa dan kanak-kanak. Bagi fasa kedua KMM@CC pula, sambutannya lebih hebat. Lebih 300 ibu bapa dan kanak-kanak berminat untuk berdaftar di Marsiling dan Keat Hong. Ini lebih dua kali ganda dari tempat yang tersedia. Sambutan dari pusat-pusat di Woodlands, Chua Chu Kang, Boon Lay dan Admiralty juga menggalakkan. Jelas, ibu bapa sedar bahawa KMM@CC dapat membantu anak-anak mereka membina asas kukuh dalam kemahiran mengira, dan menjadikan ibu bapa lebih yakin dalam mengajar subjek matematik kepada anak-anak mereka di rumah. Contohnya, Puan Nur Khairunnisa Bte Mohd Rosli yang mengikuti KMM@Nee Soon bersama anaknya, September lalu. Menurut Puan Khairunnisa, konsep dan bahan-bahan yang diperolehi dari KMM@CC amat berguna dalam membantunya mengajar dan memberi galakan kepada anaknya yang sudahpun memasuki darjah satu tahun ini.
  7. Memandangkan kita sudahpun berjaya menjalin kerjasama antara agensi M³, kita boleh memperluaskan lagi program ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai ibu bapa dan kanak-kanak. Tahun ini, kami akan perluaskan KMM@CC ke lima lagi lokasi iaitu Admiralty, Boon Lay, Chua Chu Kang, Keat Hong dan Woodlands. Kelas-kelas ini akan berlangsung pada separuh pertama tahun ini, dan akan memberi manfaat kepada 1,500 ibu bapa dan kanak-kanak tahun ini. Selain KMM@CC, MENDAKI akan mendaftarkan keluarga-keluarga ini dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa yang dekat dengan tempat tinggal mereka. Ini akan memudahkan perkongsian antara ibu bapa dan pendidik, untuk tingkatkan lagi kemahiran keibubapaan dan keyakinan mereka.
  8. Selain prasekolah, kami juga ingin menyokong pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Kini, MENDAKI menjalankan skim tuisyen untuk lebih 10,000 pelajar. Dan baru-baru ini, MOE berkongsi perkembangan terkini tentang program UPLIFT. Kami akan pastikan usaha-usaha M³ selaras dengan program UPLIFT, supaya kami boleh memberi sokongan kepada pelajar dan keluarga yang kurang mampu. Ini boleh dicapai dengan mendekati mereka secara tetap, dan merujukkan mereka kepada pelbagai program dalam lingkungan masyarakat.

    Membudayakan nilai kecemerlangan

  9. Tuan Pengerusi, amat penting untuk kita membudayakan nilai kecemerlangan, lantas menggalak generasi akan datang. Apabila mereka meningkat usia, anak-anak kita perlukan nasihat dan bimbingan dari contoh teladan yang sesuai. Untuk menjawab pertanyaan Encik Amrin Amin, MENDAKI akan melancarkan projek rintis Program Memperkasa Remaja Lelaki dan Program Memperkasa Remaja Perempuan untuk pelajar ITE Melayu/Islam. Ia akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini di ruang belia YouthSpace di ketiga-tiga kolej ITE. Program bimbingan ini akan memberi mereka kecekapan untuk menghadapi cabaran hidup. Para pelajar ini akan diberi nasihat tentang laluan pendidikan selanjutnya dan kerjaya yang boleh diceburi. Mereka juga akan diperkenalkan kepada individu yang mereka boleh contohi, dan yang boleh berkongsi pelbagai laluan menuju kejayaan. Kami berharap mereka yang telah berjaya melalui program ini akan juga menyumbang kembali sebagai mentor kepada belia lain.
  10. Terdapat pelbagai laluan menuju kejayaan. Oleh itu, MENDAKI telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak Anugerah MENDAKI, yang kini mengiktiraf kejayaan akademik pelajar Melayu/Islam. Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil daripada sekolah, serta madrasah dan institut pengajian tinggi, dan ini akan pastikan kayu ukur kecemerlangan tetap relevan.

    Penutup

  11. Tuan Pengerusi, membesarkan seorang anak itu memerlukan usaha segenap masyarakat. Dengan semangat gotong royong kita yang kukuh, setiap generasi mendatang boleh meneruskan pencapaian generasi yang terdahulu, untuk meraih kejayaan lebih tinggi, dan melangkah lebih jauh.
  12. Terima kasih.

 

English Translation of Malay Speech

Uplifting our young through wraparound community support

  1. Research has shown that language acquisition and development are most sensitive at younger ages. Enrolment and regular attendance at pre-school are hence critical. To Ms Rahayu Mahzam’s question on strengthening pre-school outreach and support, MENDAKI has been appointed by ECDA as a pre-school outreach agency to reach out to Malay children aged between 4 to 6 not already enrolled in preschool. We want to raise awareness among families of the importance of pre-school education and the need for regular attendance, and assist them in enrolling their children into pre-school and related-MENDAKI programmes.
  2. Ms Rahayu also spoke about the central role that parents play in their children’s early development, and we want to help them in their endeavour. At the same time, research has shown that play is important for child development. Hence, under MENDAKI’s School Ready Campaign, MENDAKI pioneered PlayFest to encourage and support parents of pre-schoolers from age 0 to 6 in adopting a play-based approach to develop their children’s reasoning skills, and in setting up a stimulating learning environment at home. MENDAKI reached more than 2,000 parents and children through PlayFest and mini PlayFest in 2018.
  3. MENDAKI also introduced PlayKit, to encourage parent-child bonding using household items for craft work and 500 PlayKit sets have been distributed to families. In addition, more than 90 members of the MENDAKI Alliance of Pre-school Professionals (MAPP) network had organised training sessions for volunteers. We are encouraged by the parents’ receptivity, and MENDAKI will organise one PlayFest and two mini PlayFests in 2019. We aim to grow this partnership with pre-school professionals for parents to benefit from latest educational techniques and research findings.
  4. Mr Chairman, under M³, we are also strengthening programmes to raise our children’s preparedness for primary 1. Mr Zainal Sapari asked for an update on KelasMateMatika@CC – based on MENDAKI’s Tiga M programme – which we launched in Nee Soon, Marsiling and Pasir Ris last September. The past cohorts of Tiga M students have done well. In particular, 8 in 10 children who attended Tiga M did not need to enrol in the Learning Support Programme for Mathematics at primary 1. Through this, we see that Tiga M has helped strengthen the foundations for our children’s education. To build on Tiga M, the M3 agencies collaborated to develop the KMM@CC programme and I am heartened by the results. The pilot batch of KMM@CC supported more than 170 parents and children.  For the second phase of KMM@CC, we have seen strong enrolment rates, with more than 300 parents and children indicating their interest to join, especially at Marsiling and Keat Hong where the programme has been over-subscribed by more than double. Support from centres in Woodlands, Chua Chu Kang, Boon Lay and Admiralty is also encouraging. This is a clear signal that parents see the value of KMM@CC in helping their children develop strong foundations in numeracy skills, and increasing parents’ confidence of teaching math at home. Mdm Nur Khairunnisa Bte Mohd Rosli is one such example. Last September, she attended KMM@Nee Soon with her daughter, who has since graduated from the programme and entered primary 1 this year. Mdm Khairunnisa found concepts and resources from KMM@CC useful to motivate and teach her child in a manner that was easy to understand.
  5. Now that we have established a working model for M3 collaboration on the ground, we can scale up the programme so as to benefit parents and children. This year, we are expanding KMM@CC to five more locations – Admiralty, Boon Lay, Chua Chu Kang, Keat Hong, and Woodlands – in the first half of 2019, and will benefit more than 1,500 parents and children this year. Beyond KMM@CC, MENDAKI will enrol families into Parent Circles near where they live. These Circles facilitate sharing between parents and educators, which helps enhance parenting skills and confidence.
  6. Beyond pre-school, we also intend to support children in our schools who need help. Today, MENDAKI oversees a tuition scheme that caters to over 10,000 students. MOE recently provided updates about UPLIFT. M3 will dovetail our efforts with UPLIFT so that together, we can provide support for disadvantaged students and their families through regular outreach, engagement and referral to community-based programmes.

    Inspiring a culture of excellence

  7. Mr Chairman, a culture of excellence is important to spur the next generation onward. At the older ages, our young will benefit from advice and mentoring from the right role models. I wish to assure Mr Amrin Amin that MENDAKI will pilot the Empowerment Programme for Boys and Empowerment Programme for Girls in the second quarter of 2019 for Malay/Muslim ITE students at MENDAKI’s Youth Spaces at three ITE colleges. This mentoring programme will strengthen critical life skills, provide youth with advice on future education and professional pathways. It will also introduce students to role-models they can relate to, and who will share on different pathways to success. In time, beneficiaries from this programme will also be asked to be peer mentors to pay it forward for others around them.
  8. Recognising the different pathways to success, MENDAKI has convened a committee to review the prestigious Anugerah MENDAKI award, which today honours Malay or Muslim students for their academic success. This committee comprises representatives from schools, Madrasahs and institutes of higher learning, and seeks to ensure that the benchmarks for excellence remain relevant.

    Conclusion

  9. Mr Chairman, it takes a village to raise a child. With our renewed spirit of gotong royong, every new generation will be able to build on the successes of previous generations to reach higher and go further.
  10. Thank you.
 
Last updated on 08 March 2019