mccy-lion-headA Singapore Government Agency Website
more-mob
  • whatsapp

Strengthening last-mile outreach to the community

Speech by Dr Maliki Osman, Minister for Prime Minister's Office & Second Minister for Education and Foreign Affairs at the Committee of Supply Debate 2021

Mr Chairman,

Introduction

  1. We formed M³ in 2018 to harness collaboration and tap on the combined resources, networks and expertise of MUIS, MENDAKI and MESRA as we strengthen last-mile outreach and assistance to the community. This was evident when the pandemic disrupted our daily lives, affected the livelihood of some, and strained our economy. The M³ agencies worked closely with other Malay/Muslim organisations through the SGTeguhBersatu Taskforce to support the Malay/Muslim community during this challenging time.
  2. This gotong royong spirit is not new to the community. It is the cornerstone of active citizenry within our community, where we support one another and help uplift the vulnerable and less fortunate, so that we can overcome the crisis and lead meaningful lives. We will continue to strengthen this gotong royong spirit through three key areas:

    a. First, we will expand our outreach to engage more families, specifically the vulnerable and lower income families and uplift their lives;

    b. Second, we will enhance our community engagement capabilities to harness community resources and provide more meaningful support to those in need; and

    c. Third, we will strive to empower an engaged community towards greater sense of citizenry in pursuit of our vision of a community of success.
  3. Mr Chairman, allow me to continue in Malay.

    Meluaskan jangkauan untuk mendekati lebih ramai keluarga, terutamanya golongan susah

  4. M³@Bandar telah berkembang sepanjang dua tahun lalu, dengan beraneka program anjuran badan-badan di bawah naungannya. Encik Abdul Samad bertanya tentang langkah-langkah untuk memenuhi pelbagai keperluan lapisan masyarakat yang berbeza.

    a. Pertama, kami menyediakan program-program untuk membantu para pasangan muda kita mendirikan rumahtangga yang kukuh dan utuh. Secara amnya, jumlah perceraian dalam masyarakat kita telah meningkat sebanyak lebih 12 peratus dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kami sedia maklum akan kesan negatif perceraian, lebih-lebih lagi tehadap kanak-kanak. Lantas, demi membantu dan mempersiapkan para mempelai melangkah masuk ke alam rumahtangga dengan lebih baik serta mengurangkan risiko perceraian, kami telah memulakan program Bersamamu pada tahun 2019. Cik Nadia Ahmad Samdin juga bertanya tentang kemajuan terkini program tersebut.  Seperti yang telah diterangkan oleh Menteri Masagos sebentar tadi, menerusi program ini, para Naib Kadi kita telah menerajui usaha untuk meluaskan dan memperkukuhkan lagi sokongan yang diberikan. Mereka bukan sahaja setakat mengijabkabulkan pasangan suami isteri, malah turut memberi nasihat dan sokongan kepada pasangan sebelum pernikahan mereka, dan diteruskan dengan memberi bimbingan dalam dua tahun pertama perkahwinan mereka.
     
    b. Kedua, kita juga melengkapi usaha-usaha sedia ada dalam membantu golongan pesalah, golongan bekas pesalah, serta keluarga mereka menerusi program FITRAH. Keluarga-keluarga pesalah dengan anak-anak kecil tentunya memerlukan bantuan apabila anggota keluarga khususnya ibu bapa mereka dipenjarakan. Para pendamping masyarakat FITRAH membantu dengan merujuk keluarga sedemikian kepada program-program M³ ataupun kepada  skim-skim Pemerintah yang lain. Sejauh ini, mereka telah membantu hampir 80 pesalah, bekas pesalah, serta keluarga mereka. Kami ingin terus mengundang lebih ramai lagi anggota masyarakat yang berminat untuk tampil ke hadapan untuk menjadi pendamping dalam program ini.
  5. Untuk meluaskan lagi jangkauan kami kepada masyarakat, kami telah melancarkan dua lagi bandar M³ di Geylang Serai dan di Jalan Besar. M³@Toa Payoh juga bakal dilancarkan tidak lama lagi, membawa bilangan M³@Bandar kepada 11 kesemuanya. Kami ingin mendekati lebih ramai keluarga, terutamanya daripada golongan yang memerlukan. Kami tidak mahu sesiapa ketinggalan di belakang. Sebagai contoh, antara usaha M³@Jalan Besar adalah untuk mendekati golongan keluarga yang tinggal di flat-flat sewa di Jalan Kukoh, memahami keadaan dan keperluan mereka, membantu dan memberi mereka inspirasi untuk memperbaiki prestasi mereka. Kami juga akan meningkatkan kesedaran mereka mengenai program-program kami, dasar-dasar Pemerintah dan memudahkan mereka dan anak-anak mereka untuk menyertai program-program ini, sekali gus membuka jalan untuk kehidupan yang lebih baik untuk mereka.

    Mempertingkat cara untuk mendekati masyarakat kita

  6. COVID-19 telah menekankan perlunya kita tangani jurang digital di kalangan keluarga susah, termasuk golongan warga senja kita. Sebagai sebuah masyarakat, banyak lagi yang mesti kita lakukan untuk mendekati golongan ini, dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak sendirian dalam masa-masa sukar ini. Tahun lalu, lebih 7,600 individu telah meraih manfaat daripada program-program Akses Digital kelolaan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), yang melengkapkan keluarga berpendapatan rendah, termasuk golongan pelajar, dengan peranti digital. Kita mesti memastikan kanak-kanak daripada keluarga sedemikian memiliki alat-alat digital untuk merangsang pembelajaran dan pembangunan mereka.
  7. Oleh itu, wajar untuk kita ubah cara kita mendekati keluarga-keluarga ini kepada cara yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan mereka. Kita mahu merubah nasib keluarga-keluarga ini, dan membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan dan menjamin masa depan yang lebih cerah.
  8. Kami akur bahawa ada yang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan daripada segi kewangan, alat pembelajaran dan dalam memperolehi kemahiran. Ada juga yang mungkin menghadapi kesukaran untuk menyertai program-program kami. Encik Abdul Samad dan Encik Sharael Taha berkata bahawa ada yang mungkin tidak pasti di mana harus mereka tuju untuk mendapatkan bantuan sekiranya permohonan mereka bagi program dan skim kami sebelum ini ditolak. Saya setuju dengan mereka bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang sokongan yang ada.
  9. Sebagai permulaan, kami akan melipatgandakan usaha mendampingi keluarga-keluarga ini, supaya kami lebih memahami cabaran yang mereka hadapi. Ini sudah pun dilakukan di M³@Bedok misalnya. Para sukarelawan kami telah melawat lebih 500 buah keluarga di estet Bedok untuk lebih mengenali mereka, sambil menghubungkan mereka kepada program-program yang relevan. Salah seorang sukarelawan misalnya ialah Encik Razali Bin Subir, yang juga seorang pemimpin akar umbi MAEC di Bedok. Beliau telah mendampingi seorang warga senja berusia 54 tahun yang menjaga dua orang anak kecil, seorang daripada mereka ialah anak istimewa. Ibu bapa anak-anak ini sedang menjalani hukuman penjara. Beliau tidak tahu-menahu selok-belok untuk mendapatkan bantuan. Setelah mengenali beliau menerusi pendekatan M³@Bedok, Encik Razali dengan segera merujukkan beliau kepada Yayasan MENDAKI dan Pejabat FITRAH, yang kemudian menghubungkan keluarga ini ke masjid untuk mendapatkan bantuan zakat. Mereka juga dihubungkan ke Pusat Khidmat Keluarga di kejiranan mereka untuk mendapatkan bantuan kaunseling. Kini, keluarga itu juga menerima bantuan di bawah pelbagai program M³ dan di peringkat nasional.
  10. Kisah-kisah seperti ini memberi perangsang kepada kami agar terus memperbaiki usaha-usaha kami. Kami akan melancarkan usaha-usaha mendekati masyarakat seperti ini di bandar-bandar M³ yang lain secara bertahap-tahap. Sepanjang beberapa bulan yang lalu, saya telah bertemu dengan sukarelawan M³@Bandar, serta para sukarelawan MESRA, dan saya terharu dengan iltizam serta sokongan padu mereka untuk memperhebatkan lagi usaha ini.
  11. Cik Mariam Jaafar dan Cik Nadia bertanya bagaimana M³ dan badan-badan Melayu/Islam yang lain boleh bekerjasama dengan Pemerintah untuk membantu masyarakat. Saya teruja mengumumkan bahawa kami akan menubuhkan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³, atau ECO, pada tahun ini. ECO, atau Engagement Coordination Office, akan menyelaras dan mengukuhkan usaha-usaha mendekati masyarakat bersama program-program Pemerintah yang lain seperti UPLIFT dan ComLink, serta usaha-usaha oleh badan-badan Melayu/Islam yang lain, atau MMO. Di samping itu, M³ juga akan terus mencari peluang-peluang kerjasama dengan badan-badan lain, termasuk agensi Pemerintah, untuk menggunakan data dan huraian digital bagi mempertingkatkan keberkesanan usaha-usaha kami. Encik Abdul Samad bertanyakan mengenai kemajuan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu yang ditubuhkan tahun lalu. Melalui  bekerjasama dengan badan-badan Melayu/Islam yang lain,  kami telah mendekati pelbagai kumpulan secara lebih berkesan. Contohnya, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura, atau DPPMS, telah membantu para peniaga kecil-kecilan yang beroperasi dari rumah untuk membuat permohonan bagi Dana Bantuan Kewangan Sementara, kelolaan Pemerintah ketika itu. Lebih daripada 250 buah permohonan telah diluluskan. Melalui ECO, kami mahu memperkukuhkan lagi usaha-usaha sedemikian, dan bekerjasama dengan MMO serta kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain untuk mencipta huraian yang memenuhi keperluan masyarakat kita, bersama-sama.
  12. Dr Wan Rizal bertanya tentang langkah-langkah untuk membantu para sukarelawan supaya lebih bersedia dan yakin dalam mendekati dan membantu keluarga-keluarga susah. ECO bakal menyediakan sebuah rangka kerja latihan untuk para sukarelawan kita, bagi memupuk kemahiran yang diperlukan, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap dasar-dasar dan skim-skim Pemerintah, terutamanya yang relevan kepada keluarga-keluarga yang menghadapi kesusahan. Melalui pendekatan ini, kami berharap dapat melahirkan golongan sukarelawan yang berkeyakinan, yang dapat mendekati masyarakat dengan lebih baik dan dengan cara yang lebih bermakna.

    Memperkasa sebuah Masyarakat Gemilang menerusi penglibatan masyarakat

  13. Tuan Pengerusi, program-program kami tidak mungkin berjaya tanpa para sukarelawan dan rakan-rakan masyarakat kita. Kami beruntung kerana dapat menarik golongan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyingsing lengan untuk menyokong program kami, dari peringkat perancangan, hingga ke peringkat pelaksanaan. Malah, kami amat teruja atas penglibatan lebih ramai  karyawan yang turut berkhidmat dan turun padang dengan kami, sambil menerap dan mengadun kepakaran serta idea-idea mereka sendiri ke dalam program-program kami. Hari ini, lebih 500 sukarelawan, termasuk 150 karyawan daripada pelbagai sektor seperti guaman, pendidikan, dan penjagaan kesihatan telah menyertai kami.
  14. Sebagai contoh, sekumpulan peguam telah bekerjasama dengan MESRA pada November tahun lalu untuk menawarkan khidmat percuma bagi permohonan Surat Kuasa Berkekalan, atau Lasting Power of Attorney (LPA). Inisiatif tersebut menarik lebih 300 anggota masyarakat kita yang mendaftarkan diri dan keluarga mereka untuk LPA. Antara peguam yang terlibat dalam usaha ini ialah Encik Muslim Albakri, 33 tahun. Bagi Encik Muslim, yang mengusahakan firma guamannya sendiri, berbakti kepada masyarakat adalah tunggak amalan guamannya. Beliau turut memberikan nasihat guaman secara percuma kepada para penduduk M³@Bandar kerana mahu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap undang-undang. Baru-baru ini, Encik Muslim dan rakan-rakannya dalam kumpulan peguam ini melancarkan sebuah lelaman web yang digelarkan M³lawyers.sg untuk menawarkan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat.
  15. M³@Bandar ialah satu wadah bagi para karyawan untuk menabur bakti kepada masyarakat dengan cara mereka sendiri. Semasa sesi CiptaSama@M³ pada Januari lalu, para peserta bersemangat berkongsi pandangan dan visi mereka untuk masyarakat kita. Ramai yang bercakap tentang perlunya untuk kita menggalakkan semangat sukarelawan di kalangan masyarakat kita, dan memastikan golongan susah tidak terpinggir. Kami bersetuju. Menjadi seorang sukaralewan bersama M³ adalah antara cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Berbekalkan semangat Singapura Bersama, marilah kita sama-sama meniti perjalanan ini demi membangunkan masyarakat kita. Kalau kuatnya lilit kerana simpulnya, maka kuatnya kita sebagai sebuah masyarakat terletak pada perpaduan kita. Kami telah mewujudkan wadah ini untuk mendengar pandangan-pandangan anda, dan bekerjasama dengan anda. Ayuh sertai kami untuk merubah nasib mereka yang memerlukan. Bersama-sama, kita boleh terus mekar dan maju sebagai sebuah Masyarakat Gemilang. Seperti kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”

    Conclusion

  16. Tuan Pengerusi, izinkan saya merumuskan dalam Bahasa Inggeris.
  17. Mr Chairman, M³ has grown in strength, and we will continue to work hand-in-hand with the various Malay/Muslim organisations and volunteers, to ensure that our programmes are effective in meeting the evolving needs of the Malay/Muslim community and ensure no one is left behind.  The community has also made significant progress as a result. The gotong royong spirit is one we must encourage – where community members look out for one another and are empowered to be contributing members of our society. This sense of citizenry will carry us far in navigating uncertainties ahead of us, together with the rest of Singapore.

    English translation of the Malay section

Expanding outreach to engage more families, particularly vulnerable groups

  1. M³ has grown over the last two years, with a suite of programmes rolled out by the M³ agencies across the M³@Towns. Mr Abdul Samad asked about measures to support and bridge the gaps of the different segments in our community.

    a. First, we have programmes to support our young couples in building strong and resilient families. Muslim divorces are generally increasing at a 12% rate in the last 10 years. We recognise that there will be negative effects in divorces, especially towards children. To ensure couples have a good start to their marriage and reduce the likelihood of divorce, we started the Bersamamu programme in 2019. Ms Nadia Ahmad Samdin asked about the progress of this programme.  As shared by Minister Masagos earlier, through Bersamamu, our Kadi and Nabi Kadi have taken the lead to expand to strengthen our support. They not only solemnises the couple, but provide advice and support to the couple prior to their marriage and during the first two years of their marriage. 

    b. Second, we also complement the existing efforts in supporting inmates and ex-offenders, as well as their families, through the FITRAH programme. Families of inmates with young children will need support as they cope with the incarceration. The FITRAH community befrienders help refer affected families to various support programmes under M³ and other Government schemes. Currently, they support close to 80 inmates, ex-inmates, and their families. We continue to call upon other members of the community to join us in being a befriender for this programme.
  2. To expand our reach to the community, we recently launched two new M³ towns at Geylang Serai and Jalan Besar, and will be launching M³@Toa Payoh soon, making it a total of 11 M³@Towns. We want to reach out to more families, especially the vulnerable groups. We do not want anyone to be left behind. For example, as part of M³@Jalan Besar, we will be reaching out to rental-flat families staying at Jalan Kukoh, where we will find out their living situation and needs, render assistance and inspire them to better their living standards. We will also raise awareness and improve access to the various M³ programmes and Government schemes for these families so that their children can receive support and do well in life.

    Enhancing our community engagement approach

  3. COVID-19 has further highlighted the importance of addressing the digital divide faced by vulnerable families, including our senior citizens. As a community, we must do more to reach out to such individuals and families, and assure them that we will journey alongside them. Last year, over 7,600 Malays benefited from IMDA’s Digital Access programmes, which equipped low-income families and students with digital tools. We must ensure their children have access to digital devices to facilitate their learning and development.
  4. It is therefore timely that we transform the way we reach out to these families – one that is impactful and caters to their needs. We want to inspire positive intergenerational mobility, so that their children can achieve progress, excel and secure a brighter future.
  5. We recognise that some may need more support in terms of resources, learning tools and in picking up skills. Some may even face difficulties in accessing our programmes. Mr Abdul Samad and Mr Sharael Taha highlighted some families may be unaware or are unsure where to go after they have been rejected from our programmes previously. I agree with them that more needs to be done to raise awareness about the support available.
  6. For a start, we will do more to engage and befriend these families and better understand their circumstances. We have started this at M³@Bedok. Volunteers have visited over 500 households in Bedok to understand the families better and connect them to the relevant programmes. One such example is Mr Razali Bin Subir, an MAEC grassroots leader who also volunteers at M³@Bedok. He befriended a senior citizen, 54 years old, who is a caregiver to two young children, whose parents are both incarcerated. One of the children is a special needs child. She did not know the platforms to get assistance. Through the engagement efforts at M³@Bedok, Mr Razali referred her to MENDAKI and the FITRAH Office, who then connected the family to the mosque to apply for zakat financial assistance and local Family Service Centre to receive counselling support. Today, the family is receiving support under the various M³ and national programmes.
  7. Instances like this inspire us to continue improving our work. We will gradually roll out such engagements across the other M³ towns. Over the past few months, I have met the M³@Town volunteers, as well as MESRA’s volunteers, and I am heartened by their support to be part of this endeavour.
  8. Ms Mariam Jaafar and Ms Nadia asked  how M³ and other Malay/Muslim organisations can work together with the Government to support the community. I am pleased to announce that we will be  setting up the M³ Engagement Coordination Office, or ECO, this year. ECO will coordinate and strengthen outreach efforts with other Government programmes such as UPLIFT and ComLink, and various Malay/Muslim organisations (MMO). M³ will also continue to find ways to partner with other organisations, including Government agencies, to leverage digital solutions and data to strengthen the effectiveness of our efforts. Mr Abdul Samad asked about the progress of the SGTeguhBersatu Taskforce that was formed last year. By working with other Malay/Muslim organisations, we were able to reach out to various groups more effectively. For example, the Singapore Malay Chamber of Commerce and Industry (SMCCI) supported home-based businesses to apply for the Government’s Temporary Relief Fund, of which more than 250 applications were successful. Through ECO, we want to strengthen such partnerships and work with the MMOs and other community groups to co-create solutions for bridging the gap and meeting the needs of our community.
  9. Dr Wan Rizal asked about measures to support our volunteers so that they can be more ready and confident in reaching out and supporting vulnerable families. ECO will put in place a training framework for volunteers, to equip them with the necessary skills, as well as deepen their understanding of relevant national policies and Government schemes that are especially useful for vulnerable families. Through this approach, we hope to build a confident pool of volunteers, who are able to engage families better, and more meaningfully.

    Empowering an engaged Community of Success

  10. Mr Chairman, our programmes would not be successful without our volunteers and community partners. We are fortunate to have attracted a diverse pool of dedicated volunteers who have been supporting our programmes, from planning to execution. In fact, we are deeply encouraged to have more professional volunteers than ever before, going down to the ground, and bringing their own strengths and ideas into our programmes. To date, we have over 500 volunteers, including 150 professionals from the legal, education, and healthcare sectors.
  11. For example, a group of lawyers collaborated with MESRA in November last year to organise a free application exercise for Lasting Power of Attorney, or LPA. This session attracted over 300 Malay/Muslim applicants who registered themselves and their loved ones for Lasting Power of Attorney (LPA). One lawyer who was part of this initiative is Mr Muslim Albakri, a 33-year-old who runs his own legal practice. To Mr Muslim, giving back to the community is a core tenet to his legal practice. He provides pro-bono legal advice to M³@Town residents as he sees the importance of raising legal literacy within the community. The lawyers have recently setup a website M³lawyers.sg for them to provide legal assistance to the community.
  12. The M³@Towns are platforms for professionals to give back to the community in their own ways. During the CiptaSama@M³ sessions in January this year, many also shared their views and vision for the community. Many spoke about the need to promote volunteerism within the community, and to ensure the vulnerable in our community is not left behind. We agree. Being part of M³ as a volunteer is one way to contribute. In the spirit of Singapore Together, let’s come together and be a part of this journey. The strength of a community is in its members. We have created this platform to hear from you, and work together with you. We invite you to join us in making impactful changes to those in need. Together, we can advance as a Community of Success. As the Malay saying goes, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, which reiterates that the success of our community is when we work together. 

    Conclusion

  13. Mr Chairman, allow me to conclude in English.

 

Last updated on 17 May 2022